Saturday 26 January 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PENGAWAS 2013

Majlis Penyampaian Watikah Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pengawas Buku Teks telah diadakan pada hari Khamis 17 Januari 2013 di Dewan Terbuka SK Chenderong Batu.
Majlis ini dianjurkan oleh Pengurusan H.E.M, Unit Disiplin, Unit Pengawas, Pusat Sumber dan Unit SPBT  dengan kerjasama PPD Daerah Tumpat.
Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Haji Mat Razi b Mat Ail dari Unit Pengurusan Kemanusiaan PPD Tumpat.
Pegawai dari PPD Tumpat sedang memberikan ucapan perasmian.


Puan Guru Besar sedang memberikan ucapannya.....


Pengawas sekolah

Pengawas Pusat Sumber

Pengawas SPBT




 

MAJLIS RUNDING CARA IBUBAPA GURU MURID TAHUN 6

Majlis Rundingcara Bersama Ibubapa pelajar tahun UPSR 6 2013 telah diadakan pada hari Rabu 16 Januari 2013 di Dewan Terbuka SK Chenderong Batu.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pn Hajjah Salmah Abdullah, Guru Besar SK Chenderong Batu.
 
Ucapan Pn. Guru Besar
 Keputusan tahun lepas merosot, beliau merasa sedih, jadi tahun ini diharap ibubapa lebih cakna terhadap pelajaran anak, tolong selia anak yang  buat kerja rumah, pantau kelakuan anak dan pergaulan mereka, pastikan mereka hadir kesekolah, pihak sekolah akan buat program motivasi dan kaunseling kepada pelajar yang bermasaalah.....

Cikgu Haris Harun mewakili guru SK Chenderong Batu
Pastikan anak anak bangun awal pada hari persekolahan supaya dapat kekelas pada waktu nya, kalau terlewat masuk kelas murid itu akan rugi, cuba kurangkan hiburan dirumah seperti musik atau menonton televisyen dan sebagainya kerana ia akan mengurangkan waktu mentelaaah pelajaran, begitu juga kurangkan mereka dari bermain kerana banyak bermain akan meletihkan mereka untuk belajar diwaktu malam dan pastikan peralatan, alat tulis mereka lengkap bila ke sekolah......
Ibu bapa yang hadir sedang mengaminkan doa yang dibacakan oleh Ustaz Mat Nizan.
Mudah mudahan keputusan UPSR tahun ini akan bertambah cemerlang insyAllah, amin.