Thursday 13 September 2012

MAJLIS PENYERAHAN ILMU

Majlis Penyerahan Ilmu pada Ahad 9 September.
Seperti biasa sebelum murid tahun enam melangkah masuk untuk peperiksaan UPSR pihak sekolah mengadakan majlis penyerahan ilmu. Majlis itu adalah bertujuan untuk mendapat keberkatan ilmu yang diajar oleh guru, disamping itu untuk memberi semangat, keyakinan serta keberanian kepada murid untuk menghadapi peperiksaan besar yang pertama bagi murid itu.
Murid sedang mendengar amanat dari Guru Besar, Pn Hjh Salmah Abdullah.
Murid lelaki sedang bersalam dengan guru lelaki
Murid perempuan sedang bersalam dengan guru perempuan.
Acara menyuap pulut semangat.
Guru yang mengajar tahun enam menyuap pulut semangat kepada murid. Pulut semangat itu dibuat oleh para ibu bapa murid tahun enam.
Murid membasuh muka dengan air sembahyang hajat. Majlis sembahyang hajat yang telah dibuat bersama ibubapa pada hari Khamis 6.9.2012 selepas solat Maghrib.





Sunday 9 September 2012

HARI RAYA FITRAH

Hari raya datang lagi, sekolah merayakan hari raya peringkat sekolah pada 30 Ogos bersamaan hari Khamis. Kueh muih sama sama dibawa dari rumah oleh murid dan juga guru.
Doa oleh Ustaz Mat Nizan untuk memohon keberkatan hari yang bahagia itu.


Murid yang berkumpul didewan mendengar ucapan dan aturcara pada hari tersebut dari Puan Guru besar, Pn Hajjah Salmah Abdullah.

En Ahmad Lome, (PK Ko Kurikulum) dan guru besar sedang menyampaikan wang hari raya kepada murid.
Antara murid yang berpakaian hari raya yang paling menarik dan kemas bersama Pn Hajjah Salmah.
Acara kemuncak, jamuan hari raya murid dijamu dengan ayam goreng dan kuih muih.