Monday 30 January 2012

BOLA TAMPAR ZON


Pertandingan bola tampar peringkat zon Chabang Empat telah diadakan di SK Chenderong Batu pada 18 dan 19 Januari 2012
Pertandingan sedang berlangsung

 Peserta perempuan sedang beraksi


Puan Guru Besar menyampaikan pingat kepada pemenang pertandingan.
SYABAS. SKCB TELAH MENJADI JOHAN LELAKI DAN PEREMPUAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PERINGAKAT ZON CHABANG EMPAT TAHUN 2012

Tuesday 17 January 2012

TAULIAH PENGAWAS

Tauliah kepada Pengawas Sekolah, Pengawas Perpustakaan, Pengawas Buku Teks, Pengawas Bilik Akses, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah telah disempurnakan oleh Ketua Polis Balai Wakaf Bharu pada hari Ahad 15 Januari 2012.
Barisan pengawas sedang mendengar amanat dari Puan Guru Besar

Pengawas sedang menerima sijil perlantikan pengawas dari Ketua Polis Balai Wakaf Bharu

Saturday 14 January 2012

JADIKANLAH SKCB CEMERLANG

 Program kecemerlangan 
 UPSR 2012


Program solat hajat untuk mendapat keberkatan dari Allah supaya murid tahun enam mendapat kecemerlangan dalam UPSR nanti.
Disamping itu guru yang terlibat dalam pengajaran tahun enam juga memberi penerangan kepada ibu bapa yang hadir supaya pengurusan pengajaran menjadi lebih jelas kepada ibubapa seterusnya melancarkan lagi program kecemerlangan sekolah.


 Para ibubapa dan guru yang hadir

Tuesday 10 January 2012

Sekolah telah melangkah kedepan dengan siapnya bangunan baru  dan pembelajaran dapat dijalankan dalam satu sesi sahaja. Semua guru dan murid lebih ceria dengan melangkah ke tahun baru yang lebih mencabar.
Sekolah juga telah kehilangan seorang guru yang dedikasi, berwawasan dan sentiasa ceria dalam menjalankan tugasnya. En Wan Mohd Azami telah ditukarkan ke SK Pengkalan Kubur 2 atas keperluan perkhidmatan. Semuga beliau terus berbakti di sana. Mantan penyelia petang telah dinaikan pangkat kejawatan Penolong Kanan Kokurikulum di SK Sri Tumpat 2.
Sekolah telah menerima dua orang tenaga pengajar baru iaitu En Mohd Yusof b Mat dari SK Kg Delima dan Puan Saudah dari SK Pengkalan Kubur 2.
 En Wan Mohd Azami