Tuesday 28 July 2015

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH 2015

TARIKH : 23 JULAI 2015
HARI : KHAMIS
TEMPAT : SEKITAR KAWASAN SEKOLAH

Saturday 26 January 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PENGAWAS 2013

Majlis Penyampaian Watikah Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pengawas Buku Teks telah diadakan pada hari Khamis 17 Januari 2013 di Dewan Terbuka SK Chenderong Batu.
Majlis ini dianjurkan oleh Pengurusan H.E.M, Unit Disiplin, Unit Pengawas, Pusat Sumber dan Unit SPBT  dengan kerjasama PPD Daerah Tumpat.
Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Haji Mat Razi b Mat Ail dari Unit Pengurusan Kemanusiaan PPD Tumpat.
Pegawai dari PPD Tumpat sedang memberikan ucapan perasmian.


Puan Guru Besar sedang memberikan ucapannya.....


Pengawas sekolah

Pengawas Pusat Sumber

Pengawas SPBT




 

MAJLIS RUNDING CARA IBUBAPA GURU MURID TAHUN 6

Majlis Rundingcara Bersama Ibubapa pelajar tahun UPSR 6 2013 telah diadakan pada hari Rabu 16 Januari 2013 di Dewan Terbuka SK Chenderong Batu.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pn Hajjah Salmah Abdullah, Guru Besar SK Chenderong Batu.
 
Ucapan Pn. Guru Besar
 Keputusan tahun lepas merosot, beliau merasa sedih, jadi tahun ini diharap ibubapa lebih cakna terhadap pelajaran anak, tolong selia anak yang  buat kerja rumah, pantau kelakuan anak dan pergaulan mereka, pastikan mereka hadir kesekolah, pihak sekolah akan buat program motivasi dan kaunseling kepada pelajar yang bermasaalah.....

Cikgu Haris Harun mewakili guru SK Chenderong Batu
Pastikan anak anak bangun awal pada hari persekolahan supaya dapat kekelas pada waktu nya, kalau terlewat masuk kelas murid itu akan rugi, cuba kurangkan hiburan dirumah seperti musik atau menonton televisyen dan sebagainya kerana ia akan mengurangkan waktu mentelaaah pelajaran, begitu juga kurangkan mereka dari bermain kerana banyak bermain akan meletihkan mereka untuk belajar diwaktu malam dan pastikan peralatan, alat tulis mereka lengkap bila ke sekolah......
Ibu bapa yang hadir sedang mengaminkan doa yang dibacakan oleh Ustaz Mat Nizan.
Mudah mudahan keputusan UPSR tahun ini akan bertambah cemerlang insyAllah, amin.


Wednesday 31 October 2012

MAJLIS KHATAM AL QURAN 2012

Majlis Khatam Al Quran Peringkat Sekolah telah diadakan pada 24 Oktober 2012 di Dewan terbuka SK Chenderong Batu.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Ustaz Hisham Penolong PPD Tumpat Unit J-QAF.
Panitia Agama Islam dan Unit J-Qaf sekolah telah menganjurkan majlis ini, di ketuai oleh Ustaz Mat Nizan.

Seramai 38 murid dari tahun 4,5 dan 6 telah berjaya mengkhatam Al Quran secara membaca sendiri (berguru) dan berjaya khatam dengan cara bacaan ikut guru. Guru-guru alquran adalah terdiri guru agama dan Guru AlQuran sekoalah dan berguru di kampung masing-masing.

Perasmian oleh Ustaz Hisham Penolong PPD Tumpat



Peserta Lelaki

Peserta perempuan bersama guru/Ustazah.


Guru yang menyertai majlis tersebut

Ustaz Hisham menyampaikan cenderahati kepada para peserta majlis Khatam.





Thursday 13 September 2012

MAJLIS PENYERAHAN ILMU

Majlis Penyerahan Ilmu pada Ahad 9 September.
Seperti biasa sebelum murid tahun enam melangkah masuk untuk peperiksaan UPSR pihak sekolah mengadakan majlis penyerahan ilmu. Majlis itu adalah bertujuan untuk mendapat keberkatan ilmu yang diajar oleh guru, disamping itu untuk memberi semangat, keyakinan serta keberanian kepada murid untuk menghadapi peperiksaan besar yang pertama bagi murid itu.
Murid sedang mendengar amanat dari Guru Besar, Pn Hjh Salmah Abdullah.
Murid lelaki sedang bersalam dengan guru lelaki
Murid perempuan sedang bersalam dengan guru perempuan.
Acara menyuap pulut semangat.
Guru yang mengajar tahun enam menyuap pulut semangat kepada murid. Pulut semangat itu dibuat oleh para ibu bapa murid tahun enam.
Murid membasuh muka dengan air sembahyang hajat. Majlis sembahyang hajat yang telah dibuat bersama ibubapa pada hari Khamis 6.9.2012 selepas solat Maghrib.





Sunday 9 September 2012

HARI RAYA FITRAH

Hari raya datang lagi, sekolah merayakan hari raya peringkat sekolah pada 30 Ogos bersamaan hari Khamis. Kueh muih sama sama dibawa dari rumah oleh murid dan juga guru.
Doa oleh Ustaz Mat Nizan untuk memohon keberkatan hari yang bahagia itu.


Murid yang berkumpul didewan mendengar ucapan dan aturcara pada hari tersebut dari Puan Guru besar, Pn Hajjah Salmah Abdullah.

En Ahmad Lome, (PK Ko Kurikulum) dan guru besar sedang menyampaikan wang hari raya kepada murid.
Antara murid yang berpakaian hari raya yang paling menarik dan kemas bersama Pn Hajjah Salmah.
Acara kemuncak, jamuan hari raya murid dijamu dengan ayam goreng dan kuih muih.






Sunday 19 August 2012

BULAN BERKAT

BULAN RAMADHAN AL MUBARAK.
Sekolah mengadakan bacaan Surah Yasin mulai jam 715 pagi setiap hari dalam bulan Ramadhan dan diikuti dengan tadarus Alquran pada waktu rehat iaitu jam 1010 hingga 1040 pagi. Pada penutup Ramadhan diadakan majlis khatam Alquran dan penyampaian wang zakat kepada ibubapa murid miskin. 

Murid sedang membaca Surah Yasin di medan perhimpunan setiap hari.

Tadarus Alquran di kantin sekolah pada waktu rehat untuk murid tahap 2.






Majlis Khatam Alquran pada akhir Ramadhan.

Puan Hjh Salmah sedang menyampaikan wang zakat dan cenderahati kepada ibu yang memerlukan.