Sunday 19 February 2012

GAH SKCB


CIKGU HARIS

Keputusan Pertandingan Ping Pong MSSK 2012
Tarikh : 15 - 16 Feb 2012
Masa : 8.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : SMK Pak Badol , Bachok

Keputusan yang dicapai oleh pasukan Chenderong Batu ;
Pemain lelaki;
Mohd Fahimi Abd Fatah - tempat ke 4 perseorang lelaki (12 tahun)
Naib johan beregu lelaki 12 tahun
Pemain perempuan;
Roselina bt Rosdi - Naib johan perseorangan perempuan.
Kedua-dua pemain terpilih mewakili negeri kelantan ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Labuan

Mohd Fahimi dan Roselina

Peserta bersama guru jurulatih dan PK Ko Kurikulum

Tuesday 14 February 2012

MAULIDURASUL DATANG LAGI

Sambutan Maulidurasul sempena kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW pada peringkat sekolah telah diadakan pada hari Ahad 12 Februari 2012.
Antara pengisian nya ialah ceramah Maulidurasul kepada murid dan guru SKCB oleh Ustaz Fakrurazi dari PPD Tumpat. Majlis itu diadakan di dewan terbuka SKCB
Ceramah oleh Pergawai PPD Tumpat
Murid sedang mendengar ceramah

Murid sedang menjamu selera

Terima kasih juga kepada mantan guru SKCB dan pegawai PPD yang sudi menghadiri dan memeriahkan lagi majlis maulidurasul.





En N Mahdy Mahmood , Tn Hj Anual dan Tn Hj Husin

Tuesday 7 February 2012

HARI INI DALAM SEJARAH

SK Chenderong Batu telah membuka lembaran baru dalam sejarahnya. Hari ini Rabu  bersamaan 8 Februari 2012 satu mesyuarat guru telah diadakan di bilik gerakan yang baharu siap.
Kelihatan mesyuarat dikendalikan oleh PKP, PK HEM dan PK KoKurikulum. Guru Besar telah menghadiri satu taklimat di Pantai Sri Tujuh Tumpat.

Wednesday 1 February 2012

PERSARAAN PN HJH CHE NORAL


Majlis perpisahan sempena persaraan Pn Hjh Che Noral telah diadakan pada 31 Januari 2012
Pn Hjh diiringi oleh Puan Guru Besar ke dewan

Antara guru yang hadir di majlis persaraan itu


Antara hadiah cenderahati dari warga SKCB buat kenangan



Pn Hjh terharu menerima cenderahati dari warga guru dan murid SKCB

Bergambar bersama Pn Hjh Che Noral buat kali terakhir sebagai staff SKCB