Wednesday 31 October 2012

MAJLIS KHATAM AL QURAN 2012

Majlis Khatam Al Quran Peringkat Sekolah telah diadakan pada 24 Oktober 2012 di Dewan terbuka SK Chenderong Batu.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Ustaz Hisham Penolong PPD Tumpat Unit J-QAF.
Panitia Agama Islam dan Unit J-Qaf sekolah telah menganjurkan majlis ini, di ketuai oleh Ustaz Mat Nizan.

Seramai 38 murid dari tahun 4,5 dan 6 telah berjaya mengkhatam Al Quran secara membaca sendiri (berguru) dan berjaya khatam dengan cara bacaan ikut guru. Guru-guru alquran adalah terdiri guru agama dan Guru AlQuran sekoalah dan berguru di kampung masing-masing.

Perasmian oleh Ustaz Hisham Penolong PPD Tumpat



Peserta Lelaki

Peserta perempuan bersama guru/Ustazah.


Guru yang menyertai majlis tersebut

Ustaz Hisham menyampaikan cenderahati kepada para peserta majlis Khatam.





Thursday 13 September 2012

MAJLIS PENYERAHAN ILMU

Majlis Penyerahan Ilmu pada Ahad 9 September.
Seperti biasa sebelum murid tahun enam melangkah masuk untuk peperiksaan UPSR pihak sekolah mengadakan majlis penyerahan ilmu. Majlis itu adalah bertujuan untuk mendapat keberkatan ilmu yang diajar oleh guru, disamping itu untuk memberi semangat, keyakinan serta keberanian kepada murid untuk menghadapi peperiksaan besar yang pertama bagi murid itu.
Murid sedang mendengar amanat dari Guru Besar, Pn Hjh Salmah Abdullah.
Murid lelaki sedang bersalam dengan guru lelaki
Murid perempuan sedang bersalam dengan guru perempuan.
Acara menyuap pulut semangat.
Guru yang mengajar tahun enam menyuap pulut semangat kepada murid. Pulut semangat itu dibuat oleh para ibu bapa murid tahun enam.
Murid membasuh muka dengan air sembahyang hajat. Majlis sembahyang hajat yang telah dibuat bersama ibubapa pada hari Khamis 6.9.2012 selepas solat Maghrib.





Sunday 9 September 2012

HARI RAYA FITRAH

Hari raya datang lagi, sekolah merayakan hari raya peringkat sekolah pada 30 Ogos bersamaan hari Khamis. Kueh muih sama sama dibawa dari rumah oleh murid dan juga guru.
Doa oleh Ustaz Mat Nizan untuk memohon keberkatan hari yang bahagia itu.


Murid yang berkumpul didewan mendengar ucapan dan aturcara pada hari tersebut dari Puan Guru besar, Pn Hajjah Salmah Abdullah.

En Ahmad Lome, (PK Ko Kurikulum) dan guru besar sedang menyampaikan wang hari raya kepada murid.
Antara murid yang berpakaian hari raya yang paling menarik dan kemas bersama Pn Hajjah Salmah.
Acara kemuncak, jamuan hari raya murid dijamu dengan ayam goreng dan kuih muih.






Sunday 19 August 2012

BULAN BERKAT

BULAN RAMADHAN AL MUBARAK.
Sekolah mengadakan bacaan Surah Yasin mulai jam 715 pagi setiap hari dalam bulan Ramadhan dan diikuti dengan tadarus Alquran pada waktu rehat iaitu jam 1010 hingga 1040 pagi. Pada penutup Ramadhan diadakan majlis khatam Alquran dan penyampaian wang zakat kepada ibubapa murid miskin. 

Murid sedang membaca Surah Yasin di medan perhimpunan setiap hari.

Tadarus Alquran di kantin sekolah pada waktu rehat untuk murid tahap 2.






Majlis Khatam Alquran pada akhir Ramadhan.

Puan Hjh Salmah sedang menyampaikan wang zakat dan cenderahati kepada ibu yang memerlukan.









Monday 9 July 2012

PERKHEMAHAN KO UNIT BERUNIFOM 2012

Perkhemahan unit berunifom SK Chenderong Batu telah di adakan di kawasan sekolah pada 27 hingga 29 Jun 2012. Disertai oleh seramai 130 murid dari unit Pengakap, Tunas Puteri, PBSM, Puteri Islam dan KRS



Antara pegawai perkhemahan yang bertugas mengikut giliran dan aktiviti yang dijalankan oleh perserta perkhemahan

Monday 7 May 2012

KWAPM MEI 2012

Pembahagian bantuan wang KWAPM telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Hj Mohd Rosdi
pada 3 Mei 2012.


........ i-hadir adalah sistem kehadiran murid yang dilapor secara on-line setiap hari.........
 
 
   Sekarang ini musim BR1M kita beri RM500.00 kepada yang layak, lepas tu RM100.00 kepada murid untuk mengurangkan beban kewangan ibubapa, sekarang nak bagi lagi ........
terima kasih Dato'

KEM MOTIVASI SAHSIAH

Kem motivasi sahsiah telah diadakan dengan usaha sama Unit Kaunseling Sekolah dengan kerjasama dari pelajar dari Institut Latihan Perguruan Kota Bharu.
Kem ini melibatkan murid dari tahun enam dan murid tahun lima berlian. Kem ini berlangsung selama dua hari, iaitu   hari Khamis dan Jumaat bersamaan 26 dan 27 April 2012.
Saorang guru mitovasi dari SMKA Fahahiah yang di gelar 'Pak Uda' telah dijemput untuk program pada hari Khamis jam 9.00 malam.




Puan Guru Besar sedang memberi ucapan semasa program sedang berlangsung







Peserta kem dengan fasi sedang menjalankan aktiviti 

Sunday 22 April 2012

Perjumpaan Ibubapa murid linus

Perjumpaan guru dan ibubapa murid linus telah diadakan pada Khamis 19 April 2012 bertujuan menyampaikan perkembangan murid kepada ibu bapa secara langsung dan mendapat maklumbalas dari ibubapa murid.


......terima kasih kerana sudi hadir kemajlis ini dan kehadiran hari ini adalah paling ramai berbanding dengan perjumpaan yang lepas.....






Saya ni cikgu pemulihan sepenuh masa.......... Saya nak minta sedikit pertolongan dari ibubapa.........

Sunday 1 April 2012

BULAN DISIPLIN

Kempen berdisiplin, murid berdisiplin sekolah cemerlang. Untuk itu sekolah telah menyahut seruan pihak kementerian untuk menjayakan BULAN DISIPLIN pada hari Ahad 25 Mac 2012
En Mohd Nordin, Pegawai PPD Tumpat menyampai ucapan dan merasmikan kempen Bulan Disiplin 




Puan Guru Besar, Pn Hjh Salmah bt Abdullah menyampaikan ucapan sempena pelancaran Bulan Disiplin

Antara pelajar yang mendengar ucapan pelancaran bulan disiplin

Saturday 24 March 2012

KURSUS LDP

Guru Cemerlang ke arah Sekolah Cemerlang
Penceramah : CR. Pn. Noor Azleen bt Che Mohamad   Kaunselor PPD Tumpat
Tarikh : 24 Mac 2012
Tempat : Bilik Gerakan SKCB


.............. seseorang isteri mahu suaminya menjadi hero........
.....kita tiada pilihan samada suka atau tak suka kita kena sabar.........
Formula kecemerlangan individu
1. Personal - miliki visi dan visi hidup - jelas
2. Professional - membangun potensi diri ke tahap maksimum.
3. Interpersonal - memberi kebaikan kepada orang lain.
...... adalah antara intipati yang dikongsikan oleh Pn Noor Azleen.


 Guru yang sedang kyusuk mendengar ucapan Pn Noor Azleen.


Para guru yang asyik mendengar sessi perkongsian ilmu dengan Pn Noor Azleen

Thursday 15 March 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG 2012

Mesyarat agung PIBG SK Chenderong Batu tahun 2012 telah diadakan pada hari Jumaat 9 Mac 2012. Ia dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato Hj Mohd Rosdi Ketua Umno Bahagian Tumpat.


Ucapan perasmian oleh Dato Hj Mohd Rasdi.
...........tengok, kerajaan telah memberikan bangunan baru untuk anak anak belajar ..........

Ucapan Puan Hjh Salmah Guru besar  .............sistem pengurusan peperiksaan sekarang sudah canggih, ibubapa boleh semak keputusan peperiksaan anak anak dalam internet...........

Dato Hj Mohd Rosdi sedang menyampaikan anugerah kepada salah seorang pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR 2011.
 

Sunday 19 February 2012

GAH SKCB


CIKGU HARIS

Keputusan Pertandingan Ping Pong MSSK 2012
Tarikh : 15 - 16 Feb 2012
Masa : 8.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : SMK Pak Badol , Bachok

Keputusan yang dicapai oleh pasukan Chenderong Batu ;
Pemain lelaki;
Mohd Fahimi Abd Fatah - tempat ke 4 perseorang lelaki (12 tahun)
Naib johan beregu lelaki 12 tahun
Pemain perempuan;
Roselina bt Rosdi - Naib johan perseorangan perempuan.
Kedua-dua pemain terpilih mewakili negeri kelantan ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Labuan

Mohd Fahimi dan Roselina

Peserta bersama guru jurulatih dan PK Ko Kurikulum

Tuesday 14 February 2012

MAULIDURASUL DATANG LAGI

Sambutan Maulidurasul sempena kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW pada peringkat sekolah telah diadakan pada hari Ahad 12 Februari 2012.
Antara pengisian nya ialah ceramah Maulidurasul kepada murid dan guru SKCB oleh Ustaz Fakrurazi dari PPD Tumpat. Majlis itu diadakan di dewan terbuka SKCB
Ceramah oleh Pergawai PPD Tumpat
Murid sedang mendengar ceramah

Murid sedang menjamu selera

Terima kasih juga kepada mantan guru SKCB dan pegawai PPD yang sudi menghadiri dan memeriahkan lagi majlis maulidurasul.





En N Mahdy Mahmood , Tn Hj Anual dan Tn Hj Husin